Abang sahabat kita akan ke Gaza!

17 08 2011

sahabat,

ingat tak dulu kita pernah bersama2 bermimpi untuk pergi ke bumi Palestin?

ingat tak semasa di sekolah dahulu kita begitu bersemangat mengadakan kutipan dana, menganjurkan aktiviti2 membangkitkan kesedaran dalam kalangan pelajar Al Amin berkenaan isu Palestin?

ingat tak dahulu kita pernah membuat demonstrasi kecil-kecilan menzahirkan kemarahan kita kepada zionis israel laknatullah sempena hari memperingati Palestin (ROQ)?

ingat tak?

Alhamdulillah, baru-baru ni kita mendapat satu berita gembira daripada salah seorang sahabat kita mengenai isu Palestin.

Alhamdulillah 3x, abang kepada salah seorang sahabat kita (Muhammad Munzir Muzahar), iaitu Muhammad Mus’ab Muzahar diberi peluang untuk ke Gaza pada 20 Ramadhan/20 Ogos ini.

Akh Mus’ab yang merupakan satu-satunya peserta mahasiswa bakal menyertai 11 lagi aktivis kemanusiaan Palestin Aqsa Syarif dalam misi AQSA2GAZA2.

Read the rest of this entry »





KENANGANKU BERSAMAMU

13 07 2011

6 tahun…

 

Mula nak mengenali dirimu. Ya Allah, payahnya… kenapa dengan bulan ni? Tak boleh nak makan ,nak minum.PUASA…suatu yang pahit bagiku sebagai seorang kanak2..amat pahit…

Ada je percubaan tuk memonteng,kadang-kadang tu berjaya…kadang-kadang tu ada terkantoi… Takpe2, nak dekat dah raya ni..nanti kalau tak puasa, duit raya kurang…(T_T)… cepatlah habis Ramadhan, nak raya lak ni….nak duit raya..

Tahun 1, 2, 3…. Read the rest of this entry »





Kembara Follow Up 1 ~ Ke Kg Rudan

7 07 2011

Awal tahun lepas, Musleh telah menghantar 25 orang pelajar lepasan SPM di sebuah kampung pedalaman di Sarawak, Kampung Rudan.Mereka berkampung di sana selama seminggu.Banyak aktiviti yang telah dibuat bersama2 dengan penduduk kampung,untuk memperkenalkan Islam kepada mereka di sana.

Sukaneka keluarga

  Read the rest of this entry »





Apa cita-cita kamu?

5 07 2011

Pagi itu seperti biasa, Ustaz Idris masuk ke kelas 4 Imam Nasa’ie bagi mengajarkan madah Aqidah. Beliau memberi salam lantas mengambil tempat duduknya..

Semua pelajar berdiri tegak memberi hormat dan menjawab salam penuh semangat. Pagi yang segar itu kelihatan lebih bertenaga dengan kehadiran Murabbi yang disegani mereka itu. Ustaz yang dinobatkan sebagai ‘guru mithali’ selama 3 tahun berturut-turut itu sentiasa mengajukan soalan – soalan yang menyentak fikiran pelajarnya untuk sentiasa berfikir diluar kotak.. hal ini menjadikan suasana kelas – kelas yang diajarnya sentiasa hangat dengan pandangan dan hujah.

Semua pelajar duduk, suasana kelas sunyi, masing-masing menunggu penuh debar sabar apa soalan yang bakal keluar daripada mulut ustaz mereka itu.. Read the rest of this entry »





Riak dijadikan seperti debu dalam kehidupan

28 06 2011
ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.

Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.





Program anak angkat PERKESO

28 06 2011

Alhamdulillah,ana diberi peluang untuk menjadi urusetia dalam Program Anak Angkat PERKESO di Politeknik.Mereka semua adalah anak yatim atau yatim piatu..sama ada mak atau ayah….dan kesemua peserta berjumlah 244 orang,1 lelaki india,2 perempuan india,2 perempuan cina.

Dalam banyak-banyak peserta,ada kisah seorang peserta yang menarik untuk ana kongsikan.Ayah peserta ni meninggal semasa dia berumur 2 tahun.Ibunya pergi ke pejabat PERKESO untuk mendapatkan pampasan,tapi atas sebab yang tertentu,permintaan itu ditolak ..Pada tahun 2009,ibunya meninggal..dan peserta ni datang ke pejabat sambil membawa satu bungkusan plastik yang berisikan cebisan kertas.Pengurus PERKESO Dungun,En.Tarmizi melihat isi bungkusan plastik tersebut,cebisan kertas itu adalah surat sewaktu ibunya datang mendapatkan pampasan.Rupanya,peserta ini terjumpa cebisan surat itu sewaktu mengemas barang milik ibunya.En.Tarmizi sendiri terpaksa mencamtum kan surat itu..dan dengan pampasan yang tidak dituntut sejak kematian ayahnya,dia mendapat pampasan sebanyak RM 20,000 . Read the rest of this entry »





Hidup = Imtihan

24 06 2011

Imtihan/ujian/exam adalah perkara yang sangat sinonim dengan para penuntut Ilmu. sebut sahaja exam, budak sekolah rendah puntakut tahu…

Dari mula anda menjejakkan kaki ke dalam dunia pendidikan sehinggalah usia anda sekarang, hidup kita dipenuhi segala macam exam…  dari ujian semasa penentuan kelas semasa sekolah rendah dulu hinggalah ke seterusnya UPSR/I, PMR/I, SPM, STPM, STAM, Sanawi, ujian Semester dll.. hidup kita penuh-dengan-exam. Read the rest of this entry »








%d bloggers like this: